Friday, January 8, 2010

Selamat Datang

Salam. Selamat datang ke blog Jom Pekena Kopi (JPK). Idea nak buat blog ni timbul dari rakan2 blog yang lain dan hobi harian penulis sendiri iaitu lepak di kedai kopi. Mula2 nak letak tajuk "cerita kedai kopi" tetapi blog tu dah pun wujud. Menarik gak blog tu. Tak kisah la jika ada yang menganggap penulis ciplak idea orang, yang pasti blog ni adalah medium yang mudah bagi penulis menyampaikan apa jua pandangan penulis serta Geng Pekena Kopi dan jika boleh pandangan pembaca sekalian yang boleh penulis gelarkan Sahabat Pekena Kopi.


           Pelbagai perkara kita bualkan sehari-harian. Dari topik hangat hinggalah ke topik yang basi  dimana jua kita berada. Bagi penulis, kedai kopi adalah tempat perbincangan yang menarik kerana terdapat pelbagai jenis manusia disana. Sambil bermain dam aji, dengan tayangan pertarungan gusti di kaca tv dan semestinya secawan kopi yang dipesan 3 jam yang lalu tapi baru sedikit luaknya.



              Berjam-jam pekena kopi apa yang dibualkan? Segala-galanya. Berita semasa, lawak jenaka, politik, gosip, artis, kereta, ekonomi, pekerjaan, anak isteri dan banyak lagi. Kelebihan yang ada bagi Geng Jom Pekena Kopi ialah mereka datangnya dari pebagai bidang tetapi tau dalam semua bidang. Pengetahuan yang entah benar entah tipu. Retorik2 diujudkan bagi mengukuhkan fakta. Seperti lagu Malique bersama Salam "Cerita Kedai Kopi" tiada hakim tiada saksi, cerita sensasi di kedai kopi. 


                 Kebanyakkan komentar yang dilemparkan oleh geng pekena kopi yang datangnya dari pelbagai peringkat umur dan bangsa mempunyai keunikan yang tersendiri. Penulis mengakui kebanyakkan hanya boleh sekadar dengar namun ada kalanya boleh dipertimbangkan oleh pihak2 yang berkaitan topik yang dibincangkan. Penulis jugak mengalu-alukan sahabat pekena kopi sekalian untuk memberi komen/ pandangan/ ulasan bagi artikel yang dikeluarkan dalam blog ni Ataupun boleh emailkan apa jua artikel, gambar, atau video yang boleh dikongsikan bersama Sahabat Pekena Kopi yang lain. Sambil2 pekena kopi kita dengar lagu "Cerita Kedai Kopi". Siap lirik lagi.